Thursday, 2, May, 2024
Utama Nasional Pemukiman Menteri: Fokus negara terus maju, cari strategi kukuh ekonomi – PM

Pemukiman Menteri: Fokus negara terus maju, cari strategi kukuh ekonomi – PM

oleh Ammar Haziq

SERDANG: Pemimpin kerajaan akan memberi tumpuan kepada hala tuju menggerakkan dasar negara dalam Program Pemukiman anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang dijadual bermula esok, kata Perdana Menteri.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, fokus kerajaan kini adalah terus melihat ke depan dan mencari langkah lebih spesifik dalam melonjakkan kekuatan dan ekonomi negara.

Tambah beliau, isu miskin tegar juga akan menjadi antara tumpuan kerana beliau mahu memastikan tiada yang tercicir dalam usaha kerajaan menangani masalah tersebut.

“Fokusnya lebih kepada mahu melihat ke depan, tentang program pelaksanaan, isu lebih dasar yang harus kita maju ke depan…bagaimana langkah lebih spesifik.

“Kita sudah ada perkara asasnya, dari segi peralihan tenaga, transformasi digital, pelaburan tapi yang kita mahu adalah bagaimana kita boleh mencari ikhtiar baharu yang betul-betul boleh melonjakkan kekuatan ekonomi dan negara keseluruhannya.

“Menoktahkan kemiskinan, kita dah dapat beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan, Negeri sembilan, selesai, untuk tahun 2023… tidak bermakna selesai pada tahun ini.

“Tetapi saya masih dapat laporan-laporan terkini kalau ada sedikit tercicir di mana-mana negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Peluncuran ‘Program Artifical Intelligence (AI) Untuk Rakyat’ di Serdang, pada Selasa.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com