Monday, 25, November, 2024
Utama Nasional Sultan Ibrahim terima menghadap PM di Istana Negara

Sultan Ibrahim terima menghadap PM di Istana Negara

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, di sini pada Khamis.

Dalam catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ia merupakan tugas pertama Seri Paduka Baginda selepas melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, semalam.

Turut dimuat naik gambar pertemuan berkenaan.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lalu, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Jan 2019.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com