Friday, 20, September, 2024
Utama Negeri Kereta Mercedes Benz terbakar, lelaki sempat selamatkan diri

Kereta Mercedes Benz terbakar, lelaki sempat selamatkan diri

oleh Ammar Haziq

JITRA – Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri selepas kereta Mercedes Benz GLC 43 yang dipandunya terbakar di hadapan Taman Sinar Harapan, Lebuhraya Utara Selatan, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan namun bahagian enjin keretanya hangus terbakar.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 9.48 pagi.

“Sepasukan anggotanya dari BBP Jitra yang disertai lapan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak membakar bahagian enjin kereta yang ketika itu berada di lorong kecemasan Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini.

“Pemandu kereta berada di tepi kenderaa dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Mohd Bustan, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com