Friday, 20, September, 2024
Utama Negeri Dua kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun

Dua kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Dua kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah terhadap dua pemilik kenderaan bermotor kerana kesalahan melepaskan bahan pencemar melebihi standard ditetapkan di Jalan Sungai Petani – Bakar Arang pada malam Sabtu.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kompaun itu dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan melibatkan Ops Sepadu Diesel, Ops Sepadu Petrol, Ops Bunyi Bising Motosikal dan Ops Gas Motosil.

hasil pemeriksaan terhadap 45 kenderaan. 

Menurutnya, sepanjang operasi tersebut sebanyak 240 kenderaan telah diperiksa dan dua notis di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan.

“Kompaun yang dikeluarkan bernilai RM2,000 pada masa yang sama mereka diarahkan untuk membuat penyelenggaraan dan datang semula untuk pemeriksaan,” katanya.

Jelas Sharifah Zakiah, bagi kesalahan itu pemilik kenderaan dikenakan kompaun RM2,000 di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Dari Enjin Diesel) 1996. 

Menurutnya, menerusi pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (2024), Seksyen 22, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 2024) memperuntukkan hukuman denda RM10,000 sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun berkaitan pencemaran udara.

“Dalam operasi selama tiga jam itu melibatkan seramai 70 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Polis, Jabatan Pengangkutan Jalann (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com