Friday, 22, November, 2024
Utama Umum ‘Sanusi boleh bermain drama, tapi tidak dengan kifarahnya’ – DSAT Group

‘Sanusi boleh bermain drama, tapi tidak dengan kifarahnya’ – DSAT Group

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah boleh bermain dengan drama, tapi tidak dengan kifarahnya,” tegas Pengerusi Eksekutif DSAT Group Sdn Bhd, Datuk Seri Azizul Tandek, pada malam Rabu.

Jelas Azizul, DSAT Group yakin dapat membuktikan di mahkamah bahawa kenyataan tersebut memang ditujukan kepada mereka.

Beliau berkata demikian mengulas mengulas kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyatakan bahawa kenyataannya pada 7 November lalu semasa sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) adalah bersifat umum.

“Di mahkamah nanti, DSAT akan meminta pihak defendan untuk mengemukakan dan mendedahkan semua nama syarikat yang pernah terlibat dalam penipuan seperti yang dinyatakan oleh MB Kedah.

“Ini akan membantu membersihkan nama baik DSAT Group di mahkamah,” katanya yang dipetik melalui Facebook rasminya pada Khamis.

Tambah beliau, walau apa pun, DSAT Group tetap akan menyaman MB Kedah sebanyak RM1 bilion.

Menurutnya, DSAT telah mengarahkan barisan peguam mereka untuk menyerahkan Surat Tuntutan (LOD) secara serahan tangan kepada MB Kedah pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa Muhammad Sanusi belum menerima Surat Tuntutan (LOD) daripada DSAT Group Sdn Bhd berhubung kenyataannya mengenai pengambilalihan pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 7 November lepas.

Sanusi memaklumkan bahawa saman yang dikemukakan oleh syarikat terbabit akan menjadi sejarah sekiranya ia benar-benar berjumlah RM1 bilion.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kenyataannya mengenai pihak yang mahu mengambil alih kelab bola sepak tersebut adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana syarikat atau individu tertentu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com