Friday, 6, June, 2025
Utama Nasional PM hargai pengorbanan warga TUDM pertahan kedaulatan negara

PM hargai pengorbanan warga TUDM pertahan kedaulatan negara

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atas keberanian, kesetiaan dan komitmen tinggi dalam mempertahankan ruang udara negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Anwar berkata pengorbanan serta kesiapsiagaan anggota TUDM menjadi tunjang utama kepada keamanan dan kedaulatan tanah air yang dicintai.

“Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian. Dirgahayu TUDM Ke-67!” katanya.

Ulang Tahun TUDM ke-67 kali ini mengangkat tema ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com