Saturday, 23, August, 2025
Utama Nasional Pesawat TUDM alami insiden di Kuantan, PM gesa siasatan rapi

Pesawat TUDM alami insiden di Kuantan, PM gesa siasatan rapi

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati kepada dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam insiden pesawat pejuang di Pangkalan Udara Kuantan, malam tadi.

Beliau berkata, kerajaan mengambil serius kejadian berkenaan dan menekankan kepentingan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kemalangan serta memperkukuh aspek keselamatan operasi udara.

“Saya mendoakan agar juruterbang serta pembantu juruterbang yang tercedera diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 malam itu, sebuah pesawat F/A-18D Hornet milik TUDM dilaporkan mengalami insiden di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, ketika mengesahkan perkara tersebut berkata kedua-dua anggota berkenaan selamat namun mengalami kecederaan dan sedang dirawat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com