Thursday, 9, May, 2024
Utama Nasional Keyakinan Infineon bukti Malaysia penting dalam rantaian bekalan semikonduktor

Keyakinan Infineon bukti Malaysia penting dalam rantaian bekalan semikonduktor

oleh admin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keyakinan berterusan Infineon Technologies AG (Infineon) terhadap ekosistem pelaburan Malaysia mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini, ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan fokus di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik

Beliau turut memberitahu telah mengadakan pertemuan dengan Infineon semalam.

Infineon telah beroperasi di negara ini selama 50 tahun (sejak 1973).

Malaysia adalah hab penting bagi Infineon dalam pembuatan fabrikasi wafer (Kulim, Kedah) dan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip (Melaka).

Ini terbukti melalui jumlah pelaburan Infineon sebanyak RM28 bilion yang telah dilakukan oleh syarikat di Malaysia sehingga kini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com