Tuesday, 14, October, 2025
Utama Ekonomi Belanjawan 2026: penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM500

Belanjawan 2026: penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM500

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Penjawat awam bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 menjelang sambutan Aidilfitri tahun hadapan, sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa dan khidmat mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu akan disalurkan pada awal Mac 2026 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk mereka yang dilantik secara kontrak.

“Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen sebanyak RM250,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar berkata, pemberian khas itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 yang akan berkuat kuasa mulai Januari 2026, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM18 bilion bagi peningkatan gaji dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam.

Langkah tersebut, katanya, menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan penjawat awam terus terpelihara, di samping mengekalkan motivasi serta profesionalisme dalam perkhidmatan.

Beliau turut menegaskan bahawa penghargaan kepada penjawat awam ini adalah selari dengan prinsip Malaysia MADANI, yang menekankan kesejahteraan rakyat serta kecekapan pentadbiran kerajaan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com