Saturday, 23, November, 2024
Utama Umum MPC, kerajaan Pulau Pinang perkemas plafform atas talian, realisasi transformasi digital

MPC, kerajaan Pulau Pinang perkemas plafform atas talian, realisasi transformasi digital

oleh Wartawan Kedah Gazette

PULAU PINANG – Kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan meningkatkan penggunaan platfom atas talian dalam merealisasikan tranformasi digital di negeri terbabit.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Razak Jaafar berkata, langkah tersebut diambil sebagai memperkenalkan amalan norma baharu yang produktif pasca Covid-19.

“Ia pendekatan dengan menggunakan platform baharu, medium baharu bagi meningkatkan produktiviti meskipun berada dalam suasana yang memaksa kita untuk beranjak mengamalkan norma baharu dalam kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Sembang Penang Produktif Lawan COVID-19 yang dianjurkan MPC Wilayah Utara menerusi platform atas talian Webinar di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah MPC, Tuan Haji Ab. Rahim Yusoff bertindak sebagai moderator sesi selama kira-kira satu jam tersebut yang turut melibatkan Pengarah MPC Wilayah Utara, Dr. Mazrina Mohd Ibramsah sebagai pengerusi program.

Datuk Abdul Razak berkata, jabatan dan agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini juga telah bermula mengadakan mesyuarat menerusi online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Mereka bermesyurat tanpa bersemuka menggunakan webiner dengan pegawai berada di rumah manakala pengerusi pula ada di pejabat,” katanya lagi.

Malah katanya, sebanyak 50 hingga 70 peratus kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri selepas ini akan bertugas dari rumah dengan hanya menggunakan teknologi digital.

Sementara itu, Dr. Mazrina memberitahu, program yang dianjurkan pada hari ini berjaya apabila hampir 600 peserta mengikutinya.

Beliau memberitahu, MPC Wilayah Utara akan mengadakan program ini menerusi webinar yang melibatkan ketiga-tiga Setiausaha Kerajaan Negeri dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pukul 2 petang pada 21 Mei 2020.

“Sejarah akan tercipta pada 21 Mei nanti, semua penonton di luar sana, rakyat Pulau Pinang dan rakyat-rakyat yang berada di Wilayah Utara untuk saksikan kita akan menggabungkan tiga Setiausaha Kerajaan Negeri dalam satu platfom online,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com