Sunday, 9, November, 2025
Utama Nasional ‘Nak rombak atau nak samba?’ – PM seloroh isu rombakan Kabinet

‘Nak rombak atau nak samba?’ – PM seloroh isu rombakan Kabinet

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: “Nak rombak atau nak samba (tarian)?” demikian reaksi bersahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

Anwar secara berseloroh berkata, beliau terbuka menerima cadangan sekiranya ada nama yang ingin disenarai bagi Kabinet baharu.

“Rombak atau samba? Tolong bagi cadangan kalau ada, nak samba atau nak rombak,” katanya sambil tersenyum ketika ditemui media.

Ditanya kepada siapa cadangan itu perlu diserahkan, Anwar secara bersahaja menjawab: “Kat saya tak apa.”

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet kembali hangat selepas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memberi bayangan beliau mungkin tidak lagi menyandang jawatan itu.

“Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet ataupun tidak, itu soal nombor dua. Tetapi ini (Festival Idea Putrajaya 2025) adalah agenda negara. Sebab saya pun tak lama, dua tiga minggu lagi ada lagi,” katanya baru-baru ini.

Kenyataan itu menguatkan spekulasi rombakan Kabinet bakal diumumkan awal bulan depan, memandangkan beberapa ahli Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri berstatus Senator dijangka menamatkan penggal masing-masing tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com