Saturday, 4, May, 2024
Utama Nasional Anwar bincang isu Palestin bersama Erdogan

Anwar bincang isu Palestin bersama Erdogan

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel.

Anwar menerusi catatan di X lewat malam tadi memaklumkan, perbincangan itu diadakan menerusi perbualan telefon.

“Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” menurut catatan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com