Saturday, 29, November, 2025
Utama Nasional PM tegaskan integriti jadi keutamaan, tidak akan lindungi mana-mana individu

PM tegaskan integriti jadi keutamaan, tidak akan lindungi mana-mana individu

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan melindungi mana-mana individu, termasuk pegawai rapat Perdana Menteri, sekiranya wujud elemen yang memerlukan siasatan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan prinsip ketelusan dan akauntabiliti mesti menjadi asas pentadbiran, selain mengingatkan setiap anggota Jemaah Menteri untuk memastikan integriti pegawai mereka sentiasa dipantau.

Penegasan itu dibuat selepas peletakan jawatan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, susulan dakwaan salah laku dan rasuah yang dikaitkan dengannya.

Menurut Fahmi, tiada sesiapa akan diberi perlindungan sekiranya wujud keperluan untuk siasatan dijalankan.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pegawai yang terlibat dengan salah laku, dan semua isu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk proses siasatan mengikut undang-undang.

Terdahulu, Shamsul mengumumkan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri dan mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Dalam masa sama, beliau mendakwa wujud cubaan menjatuhkan imej kerajaan melalui serangan terhadap dirinya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 kedahgazette.com - All Rights Reserved | Hakmilik - Mercu Media Advertising Sdn. Bhd.