Monday, 1, December, 2025
Utama Nasional PM ucap takziah pemergian bekas guru Bahasa Melayu MCKK

PM ucap takziah pemergian bekas guru Bahasa Melayu MCKK

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Rabiatul Adawiah @ Robeahton Ahmad Damanhuri, bekas guru Bahasa Melayu yang pernah membimbingnya ketika di Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan Allahyarhamah sebagai insan yang banyak berjasa dan meninggalkan kesan mendalam kepada para pelajar, termasuk dirinya.

Menurut Anwar, Allahyarhamah dikenali kerana ketegasan, hikmah serta kasih sayang dalam mendidik, selain berperanan besar memupuk kecintaan pelajar terhadap bahasa, ilmu dan adab.

“Budi dan tunjuk ajarnya kekal terpahat sebagai sebahagian perjalanan hidup dan kepimpinan saya,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar ruh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba yang beriman.

Beliau juga mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan menghadapi ujian tersebut.

Rabiatul Adawiah, yang turut pernah berkhidmat sebagai Pengetua Victoria Institution (VI), dilaporkan meninggal dunia semalam (29 November).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 kedahgazette.com - All Rights Reserved | Hakmilik - Mercu Media Advertising Sdn. Bhd.