GOMBAK – Satu laporan polis dibuat terhadap seorang lelaki kerana bertindak kejam membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu di dalam mesin basuh di kedai dobi di Desa Aman Puri, kepong hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, laporan tersebut dibuat seorang wanita berusia 39 tahun yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 pagi tadi.
Menurutnya, hasil siasatan awal melaui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki tersebut telah memasukkan tiga ekor kucing di dalam mesin basuh tersebut pada jam 5.30 pagi.
“Siasatan lanjut dirujuk kepada Pejabat Veterinar Shah Alam untuk tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Terdahulu, tular rakaman video cctv itu di media sosial dan warganet mahu tindakan tegas diambil terhadap individu berkenaan. – KG