Monday, 25, November, 2024
Utama Nasional Bilangan kes Covid-19 kembali dua digit, PM bimbang

Bilangan kes Covid-19 kembali dua digit, PM bimbang

oleh Ammar Haziq
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang dengan kewujudan 13 kluster jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kluster restoran di Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara antara kluster baharu yang dikesan.

“Walaupun kekal rendah, saya bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP.

“Lebih membimbangkan saya, kes positif kembali mencatatkan dua digit sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam perutusan khas PKPP yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laporan mereka menjelaskan sebanyak 21 kes baharu positif dilaporkan pada hari ini.

15 kes merupakan penularan dalam negara dan 13 daripadanya adalah rakyat tempatan.

Kes import pula melibatkan 6 kes. -KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com