Wednesday, 1, May, 2024
Utama Umum Aidiladha di Malaysia ditetapkan 31 Julai

Aidiladha di Malaysia ditetapkan 31 Julai

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Jumaat ini iaitu 31 Julai 2020.

Beliau berkata demikian melalui pengumuman menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 22 Julai 2020 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 31 Julai 2020,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com