626
- Koperasi Anak Kedah Berhad telah ditubuhkan sejak tahun 2013.Koperasi ini dianggotai oleh anak-anak Kedah.
- Pada 9 haribulan Ogos 2020, pihak Koperasi Anak Kedah Berhad telah mengadakan pertemuan dengan YAB Menteri Besar Kedah dan beberapa pegawai tertinggi Menteri Besar Incorporation (MBI) di pejabat YAB Menteri Besar.
- Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk menyatakan hasrat Koperasi Anak Kedah untuk menjadi rakan kongsi kepada kerajaan negeri dalam pengurusan bola sepak Kedah bermula saingan 2021. Koperasi Anak Kedah mencadangkan untuk memiliki saham sebanyak 51% dalam Kedah FC semasa pertemuan tersebut.
- YAB Menteri Besar Kedah amat positif dengan cadangan tersebut mengarahkan pertemuan susulan diadakan untuk membincangkan dengan lebih terperinci untuk merealisasikan hasrat menjadikan Kedah pasukan pertama dimiliki saham oleh penyokong setia Hijau Kuning seperti Kelab terkemuka dunia seperti FC Barcelona dan Real Madrid.
- Koperasi Anak Kedah Berhad amat komited untuk merealisasikannya dan telah menghantar surat bertarikh 17 Ogos 2020 kepada YAB Menteri Besar untuk menetapkan tarikh pertemuan susulan.
Sekian, Dimaklumkan
Koperasi Anak Kedah Berhad
21 Ogos 2020