Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Rakyat beratur panjang mahu dapatkan vaksin

Rakyat beratur panjang mahu dapatkan vaksin

oleh Ammar Haziq
Orang ramai beratur di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Kubang Pasu pada semalam selepas mendapat tarikh temujanji. FOTO UNIT PROMOSI KESIHATAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUBANG PASU.

Kenyataan Media
3 hb Jun 2021

EDAR VAKSIN DI KLINIK SWASTA DAN PUSAT KOMUNIKASI

Kami menyeru kerajaan tempatan , negeri dan pusat mengedarkan vaksin kepada klinik swasta seluruh negara untuk mempercepatkan proses vaksinasi rakyat.

Setakat ini kegusaran rakyat ialah prosedur dan proses vaksinasi masih perlahan.

Walaupun pihak berkuasa telah dan sedang melaksanakan vaksinasi menyeluruh tetapi kadarnya masih tidak cukup pantas.

Mengguna sistem yang terlalu berpusat ( centralize ) sangat lembab. Dalam keadaan negara punya banyak institusi awam swasta dan masyarakat , sepatutnya boleh diguna secara maksimum.untuk mempercepatkan proses vaksinasi.

Rakyat yang mahu disuntik masih beratur panjang untuk mendapat dos pertama untuk golongan dewasa dan tua. Sedangkan dikalangan golongan muda dan kanak-kanak masih belum bermula.

Kami melihat kes di daerah Kuala Muda Kedah hanya mampu paling maksima memberi suntikan vaksin kepada 1000 orang sehari untuk dos pertama di MPSP yang diguna sebagai PPV. Sedangkan daerah itu mempunyai lebih 300,000 penduduk. Ertinya untuk melengkapkan suntikan dos kedua , daerah itu akan mengambil masa hampir 2 tahun.

Ini hanya mengambil perkiraan satu daerah , belum lagi daerah yang lain.

Kami melihat disetiap daerah memilikki puluhan klinik swasta , ratusan Masjid dan surau dan rumah ibadat yang lain, taman kediaman , puluhan balai orang ramai , ratusan sekolah , pusat khidnat wakil rakyat , pejabat penghulu dan pejabat Ngo.

Sepatutnya semua ini boleh dijadi pusat suntikan lokal.

Tidak perlu tunggu pendaftaran dan nama dipanggil untuk suntikan di PPV. Hanya guna kaedah makluman tarikh suntikan dibuka disetiap lokasi dan guna kaedah walk-in.

Selesaikan serentak atau beberapa lokasi terpileh dan tetapkan hari , seluruh penduduk disetiap lokasi dapat diselesaikan dalam satu hari.

Dalam masa yang sama ujudkan petugas vaksin untuk turun ke rumah warga emas dan golongan miskin supaya vaksin dapat dilaksanakan di rumah.

Dalam hal ini kerajaan tempatan , negeri dan pusat perlu atasi soal prosedur yang rumit dan lambat. Guna pendekatan cepat , mudah dan kurang kos.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com