Monday, 25, November, 2024
Utama Negeri Dua maut motosikal bergesel sesama sendiri

Dua maut motosikal bergesel sesama sendiri

oleh Ammar Haziq
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang bergesel sesama sendiri dalam kemalangan di Kilometer 111.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala Selatan, awal pagi tadi.

Dua maut empat motosikal bergesel sesama sendiri

SUNGAI PETANI, 17 OKT – Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang bergesel sesama sendiri dalam kemalangan di Kilometer 111.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala Selatan, awal pagi tadi.
 
Dalam kemalangan membabitkan empat motosikal kira-kira jam 1 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 16 dan 19 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan dan kepala.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata siasatan mendapati ketika kejadian empat penunggang motosikal dalam perjalanan dari Sungai Petani menghala ke Butterworth.
 
“Hasil siasatan lanjut kita mendapati semua mereka menunggang motosikal dengan laju dalam jarak dekat sebelum hilang kawalan dan bergesel sesama sendiri.

 “Pergeselan itu menyebabkan motosikal ditunggang mangsa terbabas di tengah lebuh raya dan dua daripada mereka meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi.
 
Zaidy berkata, dua lagi mangsa berusia 18 serta 19 tahun masing-masing parah dan cedera ringan masih mendapatkan rawatan di zon kuning dan hijau Hospital Sultan ABdul Halim (HSAH).
 
“Siasatan di lokasi mendapati ketika kejadian cuaca baik dengan jalan lurus tanpa lampu dan mempunyai dua lorong.
 
“Mayat dibawa ke unit forensik HSAH untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com