Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Lelaki warganegara Korea terjatuh di puncak Air Terjun Telaga Tujuh

Lelaki warganegara Korea terjatuh di puncak Air Terjun Telaga Tujuh

oleh Ammar Haziq
Bomba mendaki selama satu jam menuju ke lokasi mangsa terjatuh di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi.

LANGKAWI, 17 Okt. – Khidmat pasukan bomba diperlukan bagi membawa turun seorang lelaki warganegara Korea Selatan yang terjatuh di puncak Air Terjun Telaga Tujuh, Gunung Mat Chincang, dekat sini, hari ini.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, khidmat pihaknya diperlukan bagi membawa turun mangsa, Hyun Seung, 52, berikutan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang dan serviks.

“Kami menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 1 tengah hari. Akibat kecederaan dialami, mangsa terpaksa dibantu untuk dibawa turun.

“Pihak kami mengambil masa kira-kira sejam untuk mendaki ke lokasi mangsa terjatuh yang terletak kira-kira 90 meter dari kaki gunung berkenaan. Setibanya di lokasi, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus memberi mangsa keapda mangsa di situ,” katanya.

Tambahnya, mangsa akhirnya berjaya dibawa turun kira-kira pukul 2.54 petang dengan menggunakan pengusung.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi dengan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com