Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Bomba bantu potong empat cincin di jari seorang lelaki

Bomba bantu potong empat cincin di jari seorang lelaki

oleh admin

ALOR SETAR, 27 OKT – Seorang lelaki terpaksa menahan sakit apabila empat cincin tersekat di dua jari tangan kanannya hingga membengkak.

Lelaki terbabit yang berusia 48 tahun pada mulanya dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini namun pihak hospital terpaksa menghubungi bomba untuk meminta bantuan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.49 tengah hari dari hospital yang memaklumkan kejadian berkenaan.

“Susulan daripada itu, dua anggota bomba bergegas ke lokasi dan mendapati seorang lelaki sedang menahan sakit kerana empat cincin di jarinya gagal dibuka.

“Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin di jari lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, kerja memotong cincin dilakukan dengan berhati-hati sehingga ia selesai sepenuhnya pada jam 2.15 petang

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com