Monday, 25, November, 2024
Utama Negeri Pasukan Paras APM Kedah digerakkan ke Pantai Timur

Pasukan Paras APM Kedah digerakkan ke Pantai Timur

oleh Ammar Haziq
20 anggota APM Kedah digerakkan dalam misi bantuan ke Pantai Timur.

ALOR SETAR, 19 Disember 2022 – Bagi membantu agensi penyelamat banjir di Pantai Timur, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah telah menghantar Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS) yang diketuai oleh Lt. (PA) Mohd Shukri Bin Shuib, Pegawai Bahagian Operasi dan Bencana APM Kedah ke Negeri Terengganu.

Mejar (PA) Mohd Muaz Bin Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah APM Kedah berkata, pasukan ini digerakkan ke Pantai Timur adalah sebagai sokongan membantu pasukan penyelamat disana dari segi menyelamat mangsa yang terperangkap di kawasan banjir ke PPS yang berdekatan serta membantu dari segi kekuatan logistik untuk keperluan pengoperasian di sana.

Katanya lagi ketika menyempurnakan Majlis Pelepasan Misi Bantuan ke Pantai Timur di Pejabat APM Daerah Kota Setar, pasukan ini juga akan membantu di Pusat Pemindahan dan juga tugasan Pasca Banjir dan lain-lain tugasan yang diperlukan mengikut keperluan semasa.

Selain 20 orang anggota pasukan yang terlibat terdiri yang daripada PDPA Kota Setar, Padang Terap dan Kubang Pasu, APM Kedah juga telah menggerakkan aset air dan darat seperti Lori MAN, kenderaan 4×4, bot dan lain-lain peralatan menyelamat untuk digunakan ketika operasi dilaksanakan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com