Saturday, 23, November, 2024
Utama Nasional Kerajaan sebolehnya mahu segera laksana subsidi petrol bersasar-PM

Kerajaan sebolehnya mahu segera laksana subsidi petrol bersasar-PM

oleh Ammar Haziq
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan Walkabout dan Sarapan Pagi di Pusat Penjaja Madani, Jalan TAR, Kuala Lumpur pada 15 Jun 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan seboleh-bolehnya mahu mekanisme subsidi bersasar termasuk diesel dan petrol RON95 dilakukan secepat mungkin

Namun, beliau mengakui kerajaan penetapan mekanisme berkenaan tidak mudah dan agak kompleks.

Katanya beberapa kertas kerja dan cadangan berhubung mekanisme berkenaan sedang diteliti bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan segera.

“Kami sedang berusaha ke arah itu, sebenarnya ada satu pasukan sedang mengusahakannya sekarang ini, dan terdapat beberapa cadangan tetapi kami tidak beberapa yakin dari segi keberkesanan pelaksanaannya.

“… tidak seperti bekalan elektrik kita tahu rumah itu, kilang,… tetapi diesel suatu yang berbeza,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi Temu Mesra di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Anwar berkata pelaksanaan subsidi bersasar adalah bagi memastikan hanya golongan yang selayaknya, dapat menikmati kemudahan tersebut.

Sebelum ini Perdana Menteri berkata adalah tidak munasabah untuk kerajaan meneruskan subsidi seperti kos mengerjakan haji dan elektrik, kepada golongan T20.

“Ia memandangkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada subsidi yang disalurkan kerajaan kepada orang miskin sebelum ini, turut dinikmati oleh golongan terbabit,” kata Anwar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada Mei berkata penetapan mekanisme bagi pemberian subsidi bersasar, sudah 75 peratus selesai dan hasil perbincangan berhubung mekanisme itu yang membabitkan pelbagai jawatankuasa, akan dibentangkan di Kabinet, sebelum sebarang keputusan lanjut dimuktamadkan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com