Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Program Jom Ziarah diadakan pada waktu yang salah – PM

Program Jom Ziarah diadakan pada waktu yang salah – PM

oleh Ammar Haziq
Anwar dalam program makan tengahari bersama anak-anak muda di Cyberjaya.

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim program menggalakkan orang dari agama lain mengunjungi tempat ibadat agama lain tidak semestinya sesuatu yang bijak.

Anwar berkata demikian bagi mengulas program Jom Ziarah di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan yang dibatalkan sebelum ini.

Katanya program itu dilihat tidak bijak kerana diadakan pada masa yang salah.

“Kenapa perlu pergi dan membangkitkan perasaan orang secara tidak perlu? Saya pergi ke gereja, dan itu tidak menjadi satu isu.

“Adalah penting agar perdana menteri boleh menghadiri (acara di tempat ibadah lain). Saya juga menghadiri perayaan Hindu di kuil-kuil. Itu juga bukanlah satu isu.

“Tetapi pada masa ketika orang sedikit bimbang, tidak hanya di Malaysia, malah lebih teruk di Eropah pada hari ini dan dalam kalangan sebahagian golongan sayap kanan di Amerika Syarikat, saya rasa kita harus lebih berhati-hati.

“Kita tidak boleh membenarkan isu seperti ini disalahgunakan atau dieksploitasi oleh pembangkang yang terdesak,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika mengulas berkenaan tindakan pembatalan program yang pada ketika itu di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan.

Tambahnya lagi, kedudukan istimewa Melayu dan Islam, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, harus diterima sebagai satu realiti.

“Apa yang dilarang, tentunya, adalah menggunakan hak istimewa itu untuk mendiskriminasikan dan merendahkan yang lain. Itu bertentangan dengan idea kesaksamaan tulen bagi semua kaum dan untuk semua orang.”

“Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya berpuasa, saya solat. Tetapi mengapa ia perlu dilihat sebagai satu perkara yang memecahbelahkan kecuali jika anda mengambil dasar, atau dalam retorik anda, berkata sesuatu yang berterusan menyerang atau mendiskriminasikan, sesuatu yang tidak akan saya lakukan.

“Dan dalam pentadbiran ini, kami dengan jelas menyatakan bahawa kami akan melindungi kesucian kepercayaan kami, agama kami, kita adalah rakyat Malaysia.”

Anwar juga mengkritik pembangkang kerana terus berpura-pura apabila berbicara tentang perpaduan kerana mereka adalah parti Melayu yang bercakap tentang dasar-dasar Melayu dan menggunakan setiap kesempatan untuk menyerang Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan pelbagai kaum dan liberal.

Ketika ditanya adakah beliau bimbang dengan peningkatan Islam konservatif di Malaysia, perdana menteri berkata, ia adalah fenomena universal di kebanyakan negara Islam. Beliau berkata, rakyat Malaysia harus mengendalikannya dengan bijak.

“Kita harus jujur dalam hal ini. Saya menentang banyak hujah ini, malah di Parlimen,” jelasnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com