Sunday, 19, May, 2024
Utama Nasional Serbuan di kediaman Hamzah urusan LHDN

Serbuan di kediaman Hamzah urusan LHDN

oleh Ammar Haziq
Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan serbuan yang dilakukan di kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah urusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya, beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan ituitu.

“Itu urusan LHDN, urusan badan-badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya hari ini.

Serbuan di Damansara pada Selasa itu dipercayai berkaitan isu cukai yang tidak dilaporkan.

Difahamkan Hamzah turut berada di kediaman berkenaan ketika serbuan dibuat.

Anwar dalam pada itu juga menafikan khabar angin bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercuti selama dua minggu.

“Tak ada pula (dimaklumkan Ahmad Zahid bercuti),” kata Anwar ketika ditanya pemberita selepas selesai solat Jumaat.

Beliau turut meluangkan masa bersalaman dan berbual ringkas dengan jemaah sebelum beredar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com