Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Pertahan Islam dan hak setiap warganegara – PM Anwar

Pertahan Islam dan hak setiap warganegara – PM Anwar

oleh admin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan terus menegakkan syiar dan memastikan hak serta keadilan rakyat Malaysia dipertahankan.

Katanya, beliau akan menggunakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk tujuan tersebut.

“Saya sebagai seorang Muslim ada tanggungjawab seorang Islam, saya juga tahu pemimpin di negara Malaysia dengan warganegara dengan hak mereka saya akan pertahankan hak.

“Di depan majlis Jakim dan majoriti umat Islam, saya akan tetap menyediakan syiar dan pastikan penghayatan Islam lebih bermakna.

“Tetapi saya akan tetap pertahankan hak dan keadilan bagi setiap warganegara termasuk bukan Islam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian peluncuran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Kompleks Islam Putrajaya pada Selasa.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com