Saturday, 23, November, 2024
Utama Nasional Ada pemimpin bimbang PM turun sesi dialog bersama mahasiswa

Ada pemimpin bimbang PM turun sesi dialog bersama mahasiswa

oleh admin

SINTOK:Beberapa pimpinan parti pembangkang didakwa bimbang dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke peringkat bawahan terutama membabitkan pertemuan dengan golongan mahasiswa

Menurut Anwar, beliau turut menafikan dakwaan pemimpin tertentu yang menyifatkan beliau tidak melaksanakan tugas hakiki sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keewangan kerana terbabit dengan pelbagai sesi dialog.

Katanya, apa yang dilakukan beliau adalah untuk memastikan suara rakyat terutama dalam kalangan golongan belia dapat didengari dan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

“Dia kata buat apa nak ada dialog, buat kerja (hakiki Perdana Menteri), apakah salah saya dengar masalah mahasiswa,?.

“Sebagai contoh apabila (saya) ada program di Langkawi, saya dengar anak ini tanya dan bangkitkan mengenai bantuan E-Belia, keesokkan harinya, saya terus ke pejabat dan nyatakan (bantuan itu) mesti disalurkan sebelum Hari Raya AidilAdha.

“Ada cadangan lain, soal internship program, ada katanya intern tak dibayar, ada tingkatan enam di Kelantan bangkit (isu itu), suara anak itu ketuk pintu hati saya, (saya) bawa ke perhimpunan bersama Suruhanjaya Sekuriti, Bursa dan tokoh korporat di Kuala Lumpur, saya beritahu dengar keluhan anak muda ini bayar yang setimpal dengan kerja mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Dialog Temu Anwar peringkat negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia, Sintok semalam.

Pada 28 Jun lalu, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa sokongan daripada golongan muda kini berpihak kepada gabungan berkenaan.

Menurut beliau, situasi itu memaksa Perdana Menteri, meninggalkan kerja hakikinya untuk turun ke universiti-universiti bagi menarik sokongan kumpulan berkenaan bagi menyokong kerajaan yang dipimpin Ahli Parlimen Tambun itu ketika ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com