Friday, 22, November, 2024
Utama Umum Dr Noor Hisham disenarai 3 terbaik dunia urus Covid-19

Dr Noor Hisham disenarai 3 terbaik dunia urus Covid-19

oleh Ammar Haziq

Sebuah stesen televisyen China, Global TV Network menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang dari tiga doktor terbaik yang diyakini di dunia dalam menanggani pandemik Covid-19 di Malaysia.

Dr Noor Hisham


Turut tersenarai adalah Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan juga Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand lapor Astro Awani.

Ketiga-tiga individu ini dilaporkan muncul antara individu paling berpengaruh di negara masing-masing dalam menenangkan masyarakat dalam usaha melawan penularan Covid-19.


Dr. Noor Hisham, 56 juga dipuji kerana sentiasa menjawab setiap persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media dan menjawabnya secara jelas.

Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu malah mereka juga dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama dalam menanggani pandemik covid-19.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com