Tuesday, 30, April, 2024
Utama Umum Kucing setia di pusara tuannya sejak dua tahun lalu

Kucing setia di pusara tuannya sejak dua tahun lalu

oleh Ammar Haziq

Kisah seeokor kucing yang bernama nana yang tular kerana menjadi penunggu setia di pusara tuannya sejak dua tahun lalu mengamit rasa sedih dan terharu pembaca tentang kasih sayangnya yang tidak pernah pudar.

Perkongsian oleh seorang pelayar Facebook, Hazlynn Nozi tentang kucing jantan berwarna oren itu menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Tulis Hazlynn, sudah dua tahun lebih pemergian arwah mentuanya, Abd Aziz Ismail namun kucing tersebut terus setia menunggu di pusara tersebut pada setiap hari sehinggalah ke hari ini.

“The Oyen. Jantan tapi nama Nana. 2 tahun lebih pemergian arwah Abah, masih setia. Dari tanah kubur merah & basah sehingga hari ini. Alfatihah buat arwah Abah Kubur ni belakang masjid, dan masjid tu sebelah rumah kami.

“Tiap pagi balik rumah utk mintak mkanan kaki basah2 kena embun, baru balik dari kubur.Semoga terus menjadi pengajaran buat kita semua, berbuat baiklah walau pada seekor kucing,” tulisnya di laman Facebooknya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com