Monday, 25, November, 2024
Utama Nasional PM imamkan solat jenazah Salahuddin

PM imamkan solat jenazah Salahuddin

oleh admin

Pontian – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, pada jam 11 pagi ini.

Solat jenazah itu disertai lebih 5,00 jemaah termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor.

Turut dilihat berada di masjid, kepimpinan parti politik tanah air antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.

Terdahulu, sebelum ketibaan Anwar, solat jenazah turut dilaksanakan dan diimamkan anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, yang mana difahamkan ia antara permintaan terakhir Allahyarham.

Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai di sini, sebelum Zuhur.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com