Sunday, 12, May, 2024
Utama Nasional Pulangkan semula harta rakyat, Anwar

Pulangkan semula harta rakyat, Anwar

oleh admin

MACHANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap seorang pemimpin politik memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya pemimpin itu gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

“Tiga kali saya tegaskan, termasuk malam ini (malam tadi), kamu mesti pulangkan balik wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat.

“Jika tidak, saya akan minta pihak berkuasa menyiasat, termasuk pergi ke rumah dia, pergi ke pejabat dia, semak akaun dia,” katanya ketika berucap pada Program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada masa sama, Anwar berkata bawah pemerintahannya, beliau meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat menteri sama ada terbabit dalam pengambilan kontrak atau saham.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com