Thursday, 21, November, 2024
Utama Umum RAPAT gesa rakyat ikuti nasihat kerajaan kekang covid-19

RAPAT gesa rakyat ikuti nasihat kerajaan kekang covid-19

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Langkah kawalan termasuk arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan perlu diterima oleh semua rakyat di negara ini 9bagi mengurangkan ancaman wabak Covid-19, kata Pengerusi Rangkaian Anak-Anak Padang Terap (RAPAT), Datuk Seri Ghazali Ibrahim yang berharap masyarakat turut melakukan langkah pencegahaan sendiri. 


Beliau yang ditemui Kedah Gazette di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim sebelum berlepas ke Kuala Lumpur berkata, masyarakat juga diharapkan menggunakan cecair pembasmi kuman termasuk memakai topeng penutup hidung dan mulut apabila berada di kawasan awam.


Ghazali yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, penyediaan cecair pembasmi kuman di tempat ‘hotspot’ seperti di kaunter di lapangan terbang sangat bagus dalam mencegah penularan Covid-19 sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna yang selalu menggunakan perkhidmatan kapal terbang ini.

Ghazali (kanan) menggunakan cecair pembasmi kuman yang disediakan di kaunter sebelum memasuki balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim semalam.


“Penularan Covid-19 memerlukan kerjasama dari rakyat terutamanya membabitkan kebersihan di tempat-tempat ‘hotspot’ seperti lapangan terbang. Penularan wabak ini dilihat berlaku begitu cepat.

Namun jika semua rakyat mendengar arahan dan setiap nasihat yang dikelurkan oleh kerajaan, pastinya ia mampu meminimunkan secepat mungkin penularan wabak ini ke seluruh negara,” katanya yang turut menggunakan cecair pembasmi kuman yang disediakan di sebuah kaunter pembelian tiket kapal terbang.


Sementara itu, tinjaun portal ini di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim semalam mendapati keadaan terkawal dan rata-rata pengguna juga mengamalkam langkah berjaga-jaga bagi menghidari ancaman Covid-19.


Selain itu, amalan kebersihan yang dipertingkatkan oleh pengurusan lapangan terbang juga menambahkan lagi keyakinan pengguna ataupun orang awam yang datang ke sini  untuk menjemput saudara mara ataupun rakan masing-masing.

Seorang pekerja kebersihan mengelap bahagian pemegang di laluan utama penjalan kaki Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.


Seorang pekerja kebersihan, Muhamad Syafiq Isa, 32 berkata, pihaknya akan mencuci dan membersihkan laluan utama pengguna sehari sekali sebagai langkah pencegahan awal.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com