Thursday, 2, May, 2024
Utama Umum PM Anwar doakan Agong dan Raja Permaisuri peroleh haji mabrur

PM Anwar doakan Agong dan Raja Permaisuri peroleh haji mabrur

oleh admin

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat ke Tanah Suci hari ini, memperoleh haji yang mabrur dan segala urusan ibadah haji berjalan lancar.

Anwar yang menghadiri Upacara Keberangkatan Seri Paduka berdua di Istana Negara pagi ini, turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

“Mendoakan semoga Tuanku sekalian memperoleh ibadah haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang baik serta dilancarkan segala urusan ibadah haji di Tanah Suci Makkah,” katanya menerusi catatan Facebook, hari ini.

Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci bermula hari ini hingga 2 Julai.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com