Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Fenomena astronomi di awal pagi 1 Ramadan

Fenomena astronomi di awal pagi 1 Ramadan

oleh Wartawan Kedah Gazette
Fenomena astronomi garisan cahaya seperti hujan meteor muncul di Kampung Baru, Pendang pagi tadi.

PENDANG – “Memang seram.”

Itulah luahan seorang pemuda, Farizal Alimi, 22, selepas kali pertama melihat satu keajaiban fenomena astronomi iaitu garisan cahaya seperti hujan meteor yang muncul secara tiba-tiba di Kampung Baru di sini pada pukul 2.15 pagi tadi.

Dia yang berniaga burger memberitahu, garisan cahaya berwarna hijau itu muncul kira-kira 50 meter sahaja dari rumahnya.

Menurutnya, garisan cahaya itu muncul dalam masa kira-kira 10 minit sahaja.

“Mungkin virus corona di angkat Allah ke langit,” katanya ketika dihubungi kedahgazette.com di sini sebentar tadi.

Dalam ciapan di Facebooknya itu dia berkata: “Syukur Allah Bagi Peluang Tengok Fenomena Yang Jarang Kita Lihat Di Bulan Yang Mulia Ni.”

Farizal menambah, semasa kejadian tiada ada sebarang bau dan bahang kepanasan.

Katanya, dia juga memaklumkan kepada beberapa penduduk berdekatan untuk tidak ketinggalan melihat kejadian teesebut.

“Fenomena itu difahamkan tidak pernah berlaku di kampung ini sebelum ini dan seumur hidup saya tidak pernah melihat lejadian yang luar biasa itu,” katanya lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, dia tidak membuat laporan kepada mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

Merujuk Wikipedia, hujan meteor adalah fenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah meteor terlihat bersinar pada langit malam.

Meteor ini terjadi kerana adanya serpihan benda luar angkasa yang dinamakan meteoroid, yang memasuki atmosfer Bumi dengan kecepatan tinggi.

Ukuran meteor umumnya hanya sebesar sebutir pasir, dan hampir semuanya hancur sebelum mencapai permukaan Bumi.

Sementara itu, seprang netizen, Muhammad Syafiq mendakwa fenomena aneh tu bukan fenomena hujan meteor sebaliknya merupakan light pillar atau tiang cahaya .

Secara ringkasnya, jelasnya, tiang cahaya merupakan fenomena optik yang berlaku di atmosfera Bumi hasil daripada pantulan cahaya semulajadi atau buatan pada kristal ais yang terampai di udara .

“Fenomena tersebut lazimnya berlaku apabila suhu agak sejuk,” katanya.
.


Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com