ALOR SETAR – Beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang ke-14, tular gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor hadir majlis raptai angkat sumpah Menteri Besar.
Majlis raptai berkenaan dilaporkan diadakan di Wisma Darul Aman petang semalam.
Maka sahlah Muhammad Sanusi akan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah petang ini bagi mengantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Majlis angkat sumpah itu dijadual berlangsung pada pukul 4 petang ini.
Muhammad Sanusi akan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Dalam.pada itu, sumber dari Wisma Darul Aman mengesahkan gambar berkenaan adalah majlis raptai angkat sumpah Menteri Besar.
Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar tergugat selepas beliau dilaporkan hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu, Mukhriz pula dijangka mengumumkan peletakan jawatannya itu pada pagi ini. – KG