Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri APM Padang Terap ‘tewaskan’ sawa batik sebelum makan lebih banyak itik

APM Padang Terap ‘tewaskan’ sawa batik sebelum makan lebih banyak itik

oleh Ammar Haziq

KUALA NERANG – Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Terap berjaya menangkap seekor ular sawa batik yang sedang menelan seekor itik di sebuah reban di Kampung Nyior, Padang Sanai, Kuala Nerang kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Anggota APM Padang terap ambil masa 30 minit untuk menangkap ular sawa batik yang bertindak agresif.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan Mohd Shukri Shuib, berkata, anggotanya mengambil masa lebih 30 minit untuk menangkap reptilia tersebut kerana berada di tempat yang sempit.

Jelasnya, pemilik reban, Che Mad Murad telah menghubungi pihaknya kira-kira jam 7.52 pagi selepas mendengar bunyi bising yang datang dari reban itiknya itu.

“Selepas mendapati ada seekor ular sawa yang sedang makan itiknya, tuan rumah terus hubungi APM Padang Terap untuk menangkap reptilia tersebut.

“Anggota APM Padang Terap bergegas ke lokasi dan tiba di lokasi jam 8.00 pagi bersama  tiga anggota diketuai oleh Lans Koperal (PA)Mohd Zuki Mahamud. Setelah diperiksa anggota mendapati ada seekor ular sawa sedang menelan seekor itik,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ular sawa batik tersebut sempat menelan seekor itik sebelum berjaya ditangkap.

Mohd Shukri berkata, panjang ular tersebut dianggarkan 5 meter dan berat sekitar 40 kilogram. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com