SUNGAI PETANI – Tindakan seorang kanak-kanak 5 tahun yang memasukkan sesendal besi ke jarinya membawa padah apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Sepasukan bomba terpaksa dipanggil untuk membuang sesendal besi tersebut yang tersangkut di jari kanak-kanak tersebut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata, pasukan Bravo Balai Bomba Penyelamat Amanjaya terima panggilan khidmat khas potong washer nut di alamat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
“Setibanya pasukan keluaran operasi di tempat kejadian didapati seorang kanak-kanak tersangkut washer (sesendal skru) di jari. Tindakan anggota operasi memotong menggunakan peralatan khas. Washer dijari berjaya di potong dan diserahkan kanak-kanak tersebut kepada ibu beliau,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, masa diperuntukkan kira-kira 10 minit untuk memotong sesendal skru tersebut.-KG