Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Pekerja kilang maut, pemandu van parah di Baling

Pekerja kilang maut, pemandu van parah di Baling

oleh Ammar Haziq
Bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

FOTO EHSAN BOMBA

BALING – Seorang pekerja kilang maut manakala pemandu van tersebut cedera parah selepas kenderaannya bertembung belakang sebuah kenderaan lain di  Batu 38, Kampung Chenerai, Kuala Pegang, Baling, dekat sini kira-kira jam 5 pagi hari ini.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Mohamadul Ehsan bin Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.25 pagi dan pasukannya sampai di lokasi pada jam 5.39 pagi.

Van kilang tersebut remuk di bahagian depan.


“Kemalangan melibatkan sebuah Van Pekerja jenis Toyota Hiace  telah melanggar belakang sebuah sebuah kenderaan lain. Komander operasi melaporkan semasa pasukan tiba hanya van pekerja sahaja yang berada di lokasi dan sebuah lagi kenderaan tidak dapat dikenalpasti. Didapati kemalangan melibatkan 11 orang mangsa yang berada di dalam van tersebut dan 5 orang mangsa telah tersepit. 


“Anggota bomba menggunakan peralatan khas resque tools bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa pertama yang tersepit di bahagian tempat duduk belakang telah berjaya dikeluarkan lebih kurang 10 minit,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peralatan khas digunakan untuk mengeluarkan mangsa tersepit.


Beliau berkata, mangsa kedua tersepit di tempat duduk belakang berjaya dikeluarkan 5 minit selepas mangsa pertama diikuti mangsa ketiga yang tersepit di tempat duduk belakang berjaya dikeluarkan 5 minit selepas mangsa kedua.


“Mangsa keempat yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan 7 minit selepas mangsa ketiga dikeluarkan dan mangsa yang kelima tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan berjaya dikeluarkan 6 minit selepas mangsa yang keempat dikeluarkan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM ditempat kejadian. 


“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Tindakan anggota Balai Bomba Penyelamat Baling seterusnya adalah memastikan lokasi kejadian selamat dan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat,”katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com