Tuesday, 14, May, 2024
Utama Umum PM – Pusat Perniagaan Perlu Berubah Wajah Jadi Lebih Indah Dan Bersih

PM – Pusat Perniagaan Perlu Berubah Wajah Jadi Lebih Indah Dan Bersih

oleh admin

KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha harus dilakukan di semua peringkat dalam mengubah ‘wajah’ penempatan gerai peniaga kecil dan penjaja di seluruh negara bagi menaik taraf kepada infrastruktur yang lebih selesa dan bersih dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Intahim berkata, semua pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara perlu mewujudkan pelan untuk mengangkat martabat dan memberi penghormatan serta ehsan kepada golongan berpendapatan kecil.

“Fokus ini kita tekankan khususnya peniaga kecil dan rakyat terbanyak. Kita tukar wajah Kuala Lumpur dalam satu atau dua tahun ini…bila tengok gerai, ia cantik dan bersih.

“Perubahan ini harus dilakukan di lokasi lain juga antaranya di Petalig Jaya, Klang, Shah Alam, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Kota Bharu dan Alor Setar.

“Kita perlu ada dasar jelas membezakan bahawa kita lebih tunjukkan prihatin pada kelompok peringkat bawah,” katanya.

YouTube player

Beliau berkata demikian ketika merasmikan D’Anjung Selera Madani, Jalan Jujur, di sini hari ini.

Anwar turut memberi perkhabaran gembira apabila mengumumkan penurunan harga sewa 24 gerai D’Anjung Selera Madani, Jalan Jujur, kepada RM200 sebulan, berbanding RM400 sebelum ini.

Menurutnya, projek menaik taraf itu dimulakan pada Mei 2018 dan siap sepenuhnya pada Oktober lalu dengan kos pembinaan sebanyak RM7.2 juta.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pihaknya mahu pembangunan di ibu negara yang gah dengan mercu tanda membabitkan projek mega turut diseragamkan dengan kemudahan bagi rakyat terbanyak.

“Tidak semua rakyat mampu untuk pergi ke restoran besar atau hotel mewah dan ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi kemudahan itu.

“Puluhan bilion ringgit dibelanjakan bagi projek besar tapi perlu ada juga perbelanjaan untuk menjamin tempat perniagaan peniaga kecil.

“Saya telah memberi tahu Datuk Bandar biarlah tempat itu bersih, ada kemudahan asas, indah dan selesa sikit,” katanya lagi.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya berpuas hati dengan program pembangunan membabitkan keperluan rakyat melalui pelan pembangunan Kuala Lumpur, namun ia perlu lebih cepat dilaksanakan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com