Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Polis Kota Setar tegas, tangkap yang gagal patuhi SOP Covid-19

Polis Kota Setar tegas, tangkap yang gagal patuhi SOP Covid-19

oleh Ammar Haziq
kenyataan Polis Daerah Kota Setar melalui Facebook rasmi mereka hari ini.

ALOR SETAR – Polis Daerah Kota Setar kembali menjalankan pemantauan tegas di sekitar daerah ini berikutan jumlah kes Covid-19 semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Polis Daerah Kota Setar melalui Facebook rasminya hari ini menjelaskan bahawa seramai 12 orang orang awan telah dikompaun dan 14 lagi telah ditangkap semalam kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pemantauan dilakukan oleh Polis Kota Setar di sebuah restoran di daerah ini.

Menurutnya, antara kesalahan SOP yang telah dilakukan adalah tiada penjarakan sosial, tidak mencatatkan nama dan tidak mengamalkan pengambilan suhu.

Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang media khas perkembangan Covid-19, pengesanan beberapa kluster baru Covid-19 menyaksikan Malaysia dijangka berdepan peningkatan gelombang pandemik tersebut dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan norma baru dengan mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan membasuh tangan dengan sabun dan air,”katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com