Thursday, 21, November, 2024
Utama Negeri Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di Alor Setar

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di Alor Setar

oleh Ammar Haziq
Bomba berusaha memadamkan kebakaran di rumah tersebut

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemui rentung dalam sebuah rumah yang terbakar di Taman Malek di sini kira-kira jam 5 pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.32 pagi itu tiga lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 52 tahun, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sempat menyelamatkan diri.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 5.41 pagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com