Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri Langgar PKPD Kota Setar, dua Rohingya ditahan menunggang basikal

Langgar PKPD Kota Setar, dua Rohingya ditahan menunggang basikal

oleh Ammar Haziq
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Dua lelaki Rohingya yang sedang merayau dengan menunggang basikal di Jalan Gunung Keriang pada jam kira-kira 5 petang semalam ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor berkata, kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan kerana ingkar kepada arahan PKPD yang telah dikuatkuasakan sejak 11 sehingga 25 september ini.

Penduduk tidak dibenarkan untuk keluar masuk di kawasan PKPD jika tidak mempunyai surat kebenaran dari pihak polis.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Peraturan (No 7) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com