Sunday, 24, November, 2024
Utama Negeri Pekerja swasta rugi RM 106,500 ditipu scammer

Pekerja swasta rugi RM 106,500 ditipu scammer

oleh Ammar Haziq

Seorang pekerja sektor swasta yang berusia 35 tahun telah mengalami kerugian sebanyak RM 106,500 selepas menerima panggilan scam pada 20/9/2020. Mangsa telah dihubungi oleh seorang lelaki bernama En. Razali yang memperkenalkan diri sebagai pekerja pejabat Pos Kuala Lumpur dan dimaklumkan bahawa mangsa telah menghantar barang seperti kad pengenalan dan 8 kad ATM bank dari Aor Setar.

Suspek juga memberitahu setelah semakan kad pengenalan dibuat didapati mangsa terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan dadah.Mangsa telah menafikan tuduhan tersebut lalü disambungkan talian ke IPD Seremban. Mangsa diminta menghubungi talian 999 untuk membuat laporan polis secara online kerana ia adalah kes berat. Mangsa telah menghubungi no. 999 dan bercakap dengan seorang didakwa seorang koperal dari IPK Seremban.

Selepas itu, mangsa telah terima panggilan dari koperal tersebut dan kemudiannya panggilan tersebut disambungkan kepada seorang individu yang didakwa sebagai seorang sarjan. Mangsa telah diarahankan ke IPD Seremban dalam masa 2 jam jika tidak mangsa akan dihantarkan waran tangkap kerana tidak memperbaharui cukai jalan motokar dan motosikal mangsa. Mangsa diminta membuat rayuan kepada pegawai atasan jika tidak dapat menghadirkan diri ke IPD Seremban dalam masa 2 jam.

Seterusnya, panggilan mangsa telah disambungkan ke IPD Seremban dan bercakap dengan seorang wanita bernama Puan Maria yang memperkenalkan diri sebagai pegawai atasan Polis IPD Seremban bagi membuat rayuan kepada pegawai atasan. Saspek telah mengarahkan mangsa untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan supaya perlindungan insuran dapat dibuat.

Pada 29/9/2020 hingga 1/10/2020, mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM 106,500 ke dalam 2 akaun CIMB şecara berperingkat. Kesemua wang ini adalah dari simpanan wang Tabung Haji dan simpanan bank pengadu sendiri.

Mangsa menyedari telah diperdaya oleh saspek selepas mangsa menceritakan kepada ahli keluarga mangsa beliau pada 1/10/2020.

Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Sungai Petani, Kedah pada 1/10/2020 jam lebih kurang 1.54 petang. Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat dibawah Sek. 420 KK (Tipu).

Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam ini. Jangan mudah menyerahkan segala maklumat peribadi secara atas talian dan pastikan sentiasa membuat semakan dengan pihak polis atau pihak berkaitan bagi membuat pengesahan. Selain itu, sentiasa berbincang dan bertanya dengan keluarga atau rakan serta tidak mengambil tindakan sendirian.

Pihak PDRM juga mengingatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan tidak mempercayai orang yang menyamar sebagai pihak penguatkuasa. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersil terkini melalui https://wmw.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/
Sekian, terima kasih.


“POLIS DAN ASYARAKAT BERPISAH TIADA”
ELIAS BIN OMAR (SUPT)
KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KEDAH
6 OKTOBER 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com