Sunday, 24, November, 2024
Utama Negeri 720 kg pisang Thailand dirampas, gagal patuhi syarat import

720 kg pisang Thailand dirampas, gagal patuhi syarat import

oleh Ammar Haziq

KOTA PUTRA, Kedah – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk dan merampas keluaran pertanian dari Thailand di Kompleks ICQS Durian Burung.

Hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan terhadap sebuah lori di Kompleks ICQS Durian Burung menemui sebanyak 720 kilogram (kg) pisang yang dianggarkan bernilai RM1,080.00 yang cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import sepertimana yang telah ditetapkan di bawah Akta 728 iaitu gagal mematuhi Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan sebagaimana yang dinyatakan dalam sijil perakuan 3P.

Menurut pengarah MAQIS Negeri Kedah, Lily Rosalind berkata, kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

Menurutnya lagi, tindakan penguatkuasaaan undang-undang akan terus diperluaskan lagi di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com