Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Hina Pengarah Kesihatan : MP Bintulu Dangkal

Hina Pengarah Kesihatan : MP Bintulu Dangkal

oleh Ammar Haziq
Aizuddin Ariffin

Edaran Media

11 Nov 2020

Hina Pengarah Kesihatan : MP Bintulu Dangkal

  1. Saya jelik dengan ucapan MP Bintulu dalam sidang Dewan Rakyat ,yang mempertikai tugasan penjawat awam.
  2. Kenyataan ini jelas menabur kebencian dan mencalarkan imej penjawat awam ( frontliners ) yang telah bertungkus lumus gembeling tenaga untuk meemutuskan rangkaian covid-19.
  3. Jelas lagi bersuluh, inilah imej yang dibawa salah seorang pimpinan yang sekapal bersama Perikatan Nasional dilihat begitu dangkal dalam memahami sesuatu perkara.
  4. MP Bintulu pengecut, sepatutnya Tiong King Sing perlu mempertikaikan kredibiliti Menteri dan dua orang Timbalan Menteri Kesihatan tatkala DG berusaha memutuskan jangkitan covid – 19 sejak awal lagi.Beliau juga telah memberi input- input dan jawapan- jawapan yang baik dalam setiap persoalan diajukan.
  5. Saya mencabar MP Bintulu untuk bersuara supaya Menteri Kesihatan atau Timbalannya untuk membuat sidang media tiap- tiap hari Dan menjawab persoalan dari wakil media seperti yang dibuat oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
  6. Ucapan Bintulu ini telah mengguris hati frontliners, penjawat awam dan seluruh rakyat Malaysia.
  7. Saya menggesa agar Tiong King Sing memohon maaf kepada DG Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan seluruh frontliners.

Aizuddin Ariffin
Ketua Penerangan AMK Malaysia

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com