Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Pemuda Pas Kedah buat laporan polis individu hina Agong

Pemuda Pas Kedah buat laporan polis individu hina Agong

oleh Ammar Haziq

Kubang Pasu- Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat satu laporan polis terhadap 2 individu yang sengaja menghina YDPA Agong.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah diwakili ketua penerangan Abdul Hadi Omar dan Pengarah Pilihanraya Ku Muhyi Ku Hamid hadir ke IPD Kubang tengahari tadi untuk membuat laporan tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kecewa dengan dua kenyataan di facebook terdapat satu ‘print screen’ menggunakan nama Ahmad Sayuti Bashiron telah membuat satu komen berhubung artikel di pautan https://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-perkenan-isytihar-darurat-hingga-1-ogos-277261 berbunyi “Bolej dah baca doa kat agung yang jahat ni”

Begitu juga tulisan YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub di dalam Twitter beliau yang dibuat pada 12/1/2021 jam 1157 hrs berbunyi “Rampas kuasa tubuh kerajaan atap. Takut hilang kuasa guna darurat. Inilah manusia yang bergayut dipagar istana. Tak de maruah”.

YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub secara sedar, sengaja dan dengan niat tidak baik telah mempertikaikan kuasa dan kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan manakala Ahmad Sayuti Bashiron secara sedar, sengaja dan dengan niat tidak baik telah menyifatkan YDPA sebagai seorang yang jahat.

Dengan mempertikaikan kebijaksanaan YDPA dan menuduh Baginda seorang yang jahat, maka tindakan YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub dan Ahmad Sayuti Bashiron tersebut boleh mendatangkan kebencian, membangkitkan rasa tidak puas hati kepada Yang Di Pertuan Agong dan Kerajaan dan jelas merupakan penghinaan terhadap YDPA dan institusi DiRaja.

YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub dan Ahmad Sayuti Bashiron juga secara jelas menyentuh sensitiviti masyarakat, boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, benci membenci, mendatangkan bangkitan marah dan menjejaskan perpaduan.

Oleh itu kami meminta satu siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub dan Ahmad Sayuti Bashiron di bawah peruntukkan undang-undang yang sedia ada.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com