POKOK SENA – Pasaraya Econsave terus membantu golongan B40 iaitu ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin Sekitar Daerah Pokok Sena dengan pemberian sumbangan pada Isnin lalu.
Pengurus Besar Econsave Zon Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, seramai 20 orang fakir miskin, 20 orang OKU dan 10 orang ibu tunggal di Kg. Bukit Larek, Kg. Pdg. Serai, Taman Pertama, Kg Batu 13 & 14 dan kampung – kampung lain di sekitar daerah Pokok Sena dibantu pada kali ini.
Menurutnya, antara barang keperluan yang disumbangkan adalah beras, biskut, gula dan minyak.
“Usaha itu dilakukan dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Bukit Lada bagi menyantuni golongan yang memerlukan perhatian,”katanya.
Hadir dan menyampaikan bantuan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood Al-Hafiz