Kami mengesa umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan bantahan keras keatas serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin di masjid Al-Aqsa
Rusuhan Israel bertempur dengan ratusan rakyat Palestin di pekarangan masjid Al-Aqsa, adalah suatu terorisme negara israel yang mesti ditentang sekeras-kerasnya.
Kekerasan selama seminggu di Kota Suci dan Tebing Barat adalah provokasi dari penduduk Yahudi yang melaungkan kebencian terhadap Arab Palestin dan pihak polis israel membantu menyemarakkan serangan terhadap warga Palestin.
Pihak israel sengaja mencetuskan ketegangan di kota suci Al Quds dan di Masjid Al Aqsa.
Keganasan israel dan penduduk Yahudi mahu menwujudkan ketegangan maksima di Al-Aqsa dan di tempat lain di timur Baitulmaqdis.
Sasarannya ialah merampas seluruh Baitul Maqdis termasuk Masjid Al Aqsa.
Kini kawasan penduduk Palestin menjadi sasaran diusir oleh israel untuk menempatkan warga Yahudi.
Alasan polis Israel mengenai ‘rusuhan ribuan jemaah’ selepas solat pada waktu malam dan dengan itu polis israel terpaksa ‘memulihkan ketenteraman’ , samasekali satu propaganda.
Kami mengutuk ketegangan di Baitulmaqdis yang dicetuskan oleh polis israel dan warga yahudi.
Israel kini mengguna kuasanya untuk mengganas ke atas warga Palestin, berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.
Kami mengecam pihak israel yang mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.
Perkampungan Syeikh Jarrah di Baitul Maqdis kini sedang giat mengusir penduduk Palestin oleh warga Yahudi.
Kami mengutuk Amerika Syarikat (AS) yang sebenarnya menjadi dalang kepada pengusiran Palestin oleh israel.
Baitulmaqdis itu sendiri diiktiraf oleh AS sebagai ibu negara israel. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Kami mendesak AS membatalkan pengiktirafan tersebut.
Kami mengesa umat Islam tidak berkompromi dengan israel. Israel adalah negara haram yang mempunyai niat jahat. Normalisasi dengan israel adalah rancangan jahat AS dan israel.
Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa adalah garis merah buat umat Islam. Sebarang tindakan mengancam kedua-dua tempat sucu ini perlu direspon dengan tegas. Bahawa tidak ada kompromi dalam dua kawasan ini.
Kerajaan Israel hendaklah di pertanggungjawabkan terhadap rusuhan berkenaan dan kami menyatakan solidariti kepada pejuang – pejuang yang mempertahan Masjid Al Aqsa.
Kami mengesa UN mengambil langkah segera untuk menghalangkan warva yahudi menceroboh dikawasan Palestin.
Kami mendesak UN campurtangan untuk memastikan pelanggaran undang-undang keatas warga Palestin dihentikan
Intifada Palestin mungkin perlu dicetuskan semula jika israel terus mengganas.
Provokasi yahudi yang menyerang rakyat Palestin tidak boleh dikompromi.
Kami menyeru semua masjid di negara ini mengadakan solat hajat khas untuk mendoakan agar Masjid Al Aqsa tepelihara.
Kami juga menyeru semua mufti dan para ulama mengeluarkan kenyataan mendukung pembelaan terhadap Masjid Al Aqsa.
Para ulama perlu berperanan mengangkat isu Al Quds dan Al Aqsa supaya umat Islam peka dan cakna terhadap Masjid Al Aqsa yang diancam.
Mohd Azmi Abdul Hamid
President Majlis Perundingan Islam Malaysia.
Datuk Seri Ahmad Awang
Pengerusi Aliansi Mempertahankan Masjid Alaqsa
Datuk Wira Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi Sekretaria Perhimpunan Ulama Asia
9 Mei 2021