Thursday, 2, May, 2024
Utama Negeri Rezeki 5,000 asnaf Kuala Kedah terima ayam raya

Rezeki 5,000 asnaf Kuala Kedah terima ayam raya

oleh Ammar Haziq
Mohd Salleh (kiri) menyampaikan dua ekor ayam setiap seorang kepada penerima di Masjid Nurul ihsan, Kubang Rotan pada Isnin.

Pelancaran Baucer Daging Raya oleh Yayasan Salleh Saidin (YSS) telah buat pada  29 Mei 2021 bersamaan 17 Ramadhan 1442, Hari Khamis, di Kompleks Penerangan Dan Penyiaran Sultan Abdul Halim di Majlis Berbuka Puasa sempena Program Kerjasama Strategik Yayasan Salleh Saidin (YSS) bersama Radio Televisyen Malaysia Negeri Kedah. 

Pada majlis tersebut Dato’ Haji Salleh bin Saidin telah menyerahkan ‘mock cheque’ kepada YB Wan Romani Bin Wan Salin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi & Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah.

  • 10,000 ekor ayam diberikan kepada 5,000 orang penerima.
  • 250 kilogram daging kepada 250 orang golongan fakir miskin.
  • 250 kilogram beras pulut kepada 250 orang golongan fakir miskin.
  • Ayam, Daging dan Beras Pulut diberikan secara percuma
  • 5,000 keping baucer dikeluarkan oleh Sekretariat YSS kepada penerima.
  • Baucer diedar melalui Imam di 48 buah masjid dalam Parlimen Kuala Kedah.
  • 200 orang penerima setiap masjid dan 400 ekor untuk edaran di hari pelancaran.
  • Penerima Baucer Ayam terdiri daripada;-
  • Pengerusi, AJK dan Pegawai Masjid (13 orang x 48 buah masjid), 624 orang
  •  Penerima Bantuan Zakat Kedah dari kategori Bantuan Kewangan Fakir Bulanan & Bantuan Kewangan Miskin. Senarai terkini dari Lembaga Zakat Negeri Kedah mengikut masjid, 756 orang 
  • Golongan asnaf dan yang memerlukan di dalam 48 kariah masjid, 3,620 orang
  1. Penerima Daging Percuma terdiri daripada golongan fakir miskin yang sakit terlantar di dalam Parlimen Kuala Kedah, 250 orang.
  1. Pembekal Ayam kepada YSS ialah Nafas Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. sebuah syarikat subsidiari NAFAS yang menjalankan aktiviti memproses ayam keluaran Pertubuhan Peladang Kebangsaan sebagai ayam bersih dan menguruskan pembekalan ayam kepada agensi/jabatan yang terlibat di bawah Skim Payung Ayam Daging (SPADA) serta untuk pasaran terbuka.
  1. Agihan Ayam dibuat pada:-
    1. 08 Mei 2021, hari Sabtu di DUN Pengkalan Kundor (18 buah masjid)         ii. 09 Mei 2021, hari Ahad di DUN Anak Bukit (16 buah masjid)        iii. 10 Mei 2021, hari Isnin di DUN Kubang Rotan (14 buah masjid)
  1. Agihan Daging dibuat serentak pada 11 Mei 2021, hari Isnin di DUN Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor.
  1. Perbelanjaan keseluruhan program ini ialah sebanyak RM150,000.00

Kami amat teruja apabila kebersamaan meraikan lebaran ini dengan melibatkan seluruh warga Parlimen Kuala Kedah. Walaupun nilai diberikan kepada setiap penerima tidak seberapa tetapi amat besar bagi kami sebagai tanda tulus ikhlas kami untuk semua bagi melengkapkan keperluan sambutan Aidilfitri.

Peruntukan dari YSS ini membantu masyarakat memerlukan, sekali gus membolehkan mereka meraikan Aidilfitri dengan lebih bermakna seperti orang lain.

Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh Imam dan Ahli Jawatankuasa kariah masjid di atas kerjasama menjayakan program ini. Dari awal edaran baucer sehinggalah ke hari penyerahan kepada golongan yang terlibat.

DATO’ HAJI MOHD SALLEH BIN SAIDIN

Pengerusi

Yayasan Salleh Saidin

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com